Searching...
Isnin, 6 Mac 2017
10:33 PTG

Alasan Tidak Lulus BR1M 2017 Yang Makin Mengarut

Makin menjadi-jadi pulak menjelang tahun 2017 ini apabila tengok status ramai pengguna yang tahun sebelum-sebelum ini dapat BR1M tapi tahun ini tiba-tiba tidak lulus. Pulak tu makin terkejut dengan alasan-alasan yang tidak masuk akal dan seperti membuktikan perkara yang sebaliknya. Beberapa alasan yang diterima pengguna yang tidak layak menerima BR1M 2017.

 

1) Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati pendapatan melebihi RM2,000
Ini mungkin kebanyakan pemohon bujang yang bekerja swasta mendapat kenaikan gaji jadi bila lihat rekod LHDN memang tidak layak. 


2) Semakan rekod agensi / maklumat pada borang mendapati isi rumah melebihi RM4,000
Ini bagi pemohon telah berumahtangga campur pendapatan suami dan isteri dan mereka tidak layak.

 

3) Maklumat pendapatan pemohon / pasangan / tanggungan perlu pengesahan (SSM)
Ini alasa biasa kepada mana-mana pemohon yang tidak buat pengesahan pendapatan di LHDN. Tapi yang peliknya adalah mereka yang mempunyai pendaftaran dengan SSM secara automatik tidak menerima BR1M walaupun pendapatan mereka tidak menentu dan tidak lebih dari yang ditetapkan.


4) Status perkahwinan perlu pengesahan
Ini adalah alasan paling tidak logik dan paling teruk diberikan. Bagaimanakan pasangan ini perlu buat pengesahan perkahwinan yang dah berkahwin bertahun-tahun dan sebelum ini terima bantuan BR1M tanpa ada masalah tiba-tiba 2016 perlu buat pengesahan perkahwinan semula.

5) No. pengenalan pasangan / tanggungan tidak melepasi tapisan JPN
Satu lagi alasan langsung tak logik diakal sedangkan tahun sebelum ini pemohonan mereka lulus tanpa sebarang alasan seperti ini tiba-tiba tahun 2017 tidak lulus. Adakah kerana pemohon tidak update status permohonan bagi tahun ini. Sedangkan permohonan adalah sama dan juga tiada perubahan.

Juga paling teruk adalah pada tarikh 6 Mac 2017 ramai pihak mengadu bahawa talian bebas tol BR1M tidak dapat dihubungi. Adakah kerana isu-isu sebegini yang tiba-tiba dapat alasan tidak logik. Kalau ikutkan pengumuman BR1M tahun ini adalah paling lambat dilakukan oleh kerajaan dan rakyat tepaksa tunggu lama dengan Status dalam proses dan akhirnya keluar result BR1M Tidak Lulus.

Adakah ini petandan bahawa kerajaan semakin kekurangan dana untuk meneruskan BR1M yang setiap tahun makin meningkat kerana itu janji kerajaan sebelum ini. Adakah BR1M tahun 2018 akan makin berkurangan jumlahnya atau juga makin ramai yang tidak layak menerima BR1M kerana alasan-alasan yang makin mengarut ini. Sama-sama pertimbangkan.







0 comments:

Catat Ulasan

 
Back to top!